25.02.2012
Sejarah Nabi Muhammad s.a.w
Pedang Nabi Muhammad s.a.w
Surat Nabi Kepada Raja Ijashi, Raja Habsyah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
23.02.2012
Sejarah Nabi Muhammad s.a.w
Pedang Nabi Muhammad s.a.w
Surat Nabi Kepada Raja Ijashi, Raja Habsyah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
23.02.2012
Hadis Pertama
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (
bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (
balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.
Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia
memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya,
maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Arshad Alamin Naib Presiden USCO
Kisah Khalifah Umar r.a dan Sa'ad Abi Waqqas r.a
Umar
al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar
Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa
kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu
kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin
ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk
membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini
ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam.
Walaupun
aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a
tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar
wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat
sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya.
Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang
berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad
lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.
Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan
tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan
buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa
yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh
seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula
menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.
Walaupun
Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan
dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad
untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin
‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad
di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah berfirman di dalam Al Quran: "..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim
dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu
menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas
segenap manusia.."
(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)
"Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu
(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari
kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sahih Tirmidzi
[[ Bab Keperibadian Nabi Muhammad saw ]]
Dinukil dari Kitab Syamail Muhammad S.A.W - Imam Al-Tirmidzi
Fizikal Rasulullah saw
1. Rasulullah saw memiliki perawakan yang sedang, tidak terlalu
tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh beliau menarik. (Riwayat
Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)
2. Dari Anas ibnu Malik r.a : Rasulullah saw memiliki perawakan
yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh beliau
menarik. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak pula lurus
tergerai. Warna kulit beliau berwarna coklat. Ketika berjalan, tubuh
beliau saw tegap. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)
3. Al-Bara' ibnu Azib r.a : Saya belum pernah melihat seseorang
yang hujung rambutnya menyentuh bahagian bawah telinganya serta
mengenakan baju berwarna merah yang lebih gagah daripada Rasulullah saw.
Rambut beliau saw separas bahu, tubuh di antara kedua bahunya lebar,
dan postur beliau saw sederhana (tidak pendek dan tidak tinggi)."
Tanda Kenabian Rasulullah saw
4. Dari Jabir bin Samurah r.a : Saya melihat tanda kenabian di
antara kedua bahu Rasulullah saw; iaitu daging berwarna merah sebesar
telur burung merpati. (Riwayat Tirmidzi, Muslim dan Ahmad)
Rambut Rasulullah saw
5. Dari Anas ibnu Malik r.a : Panjang rambut Rasulullah saw sampai setengah telinga beliau saw. (Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)
6. Abdullah ibnu Mughaffal : Rasulullah saw melarang kami untuk
merapikan rambut dengan berlebihan, kecuali hanya sesekali. (Riwayat
Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)
7. Dari Ibnu Abbas r.a : Abu Bakar r.a berkata kepada Rasulullah
saw, "Wahai Rasulullah saw, anda telah beruban." Rasulullah saw
bersabda, "Yang membuatku beruban adalah Surah Hud, Al-Waqiah,
Al-Mursalat,An-Naba' dan At Takwir." (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd dan
Hakim)
8. Dari Qatadah : Saya bertanya kepada Anas bin Malik r.a,
"Apakah Rasulullah saw mewarnai rambutnya? Beliau menjawab, "Rasulullah
saw tidak pernah melakukannya, meski pada kedua pelipisnya terdapat
uban. Tetapi Abu Bakar r.a pernah mewarnai rambutnya dengan inai dan
al-katm." (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ahmad dan Abu
Dawud)
9. Dari Jabir bin Samurah : Jika Rasulullah saw memakai minyak
rambut, uban beliau tidak terlihat. Tapi, ketika beliau sedang tidak
memakai minyak rambut, nampaklah uban beliau. (Riwayat Tirmidzi, Muslim,
Nasa'i dan Ahmad)
10. Utsman bin Mauhab : Abu Hurairah r.a pernah ditanya "Apakah Rasulullah saw mewarnai rambutnya?" Abu Hurairah r.a, mengiyakannya. (Riwayat Tirmidzi)
Bercelak
11. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah saw memiliki sebuah bekas
celak yang beliau saw gunakan untuk bercelak setiap malam, sebanyak tiga
kali di sini (mata kanan) dan sebanyak tiga kali di sini (mata kiri).
(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Hakim)
12. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah saw bersabda, "Alat celak
yang paling baik bagi kalian adalah batu celak (al-itsmid) kerana hal
itu dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata)." (Riwayat
Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa'i dan Ahmad)
Sandal/Selipar/Kasut
13. Dari Abu Hurairah r.a : Salah seorang dari kalian tidak boleh
berjalan dengan menggunakan satu sandal (bukan sepasang). Hendaklah ia
menggunakan atau melepaskan keduanya. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari,
Muslim, Abu Dawud, Ahmad, Malik dan Ibnu Majah)
14. Dari Abu Hurairah r.a : Apabila salah seorang dari kalian
menggunakan sandal, hendaklah ia memulai dari kaki kanan, dan ketika ia
melepaskannya, hendaklah ia memulai dari kaki kiri. Jadikan kaki kanan
sebagai kaki pertama ketika menggunakan sandal dan kaki terakhir ketika
melepaskannya. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ahmad dan Humaidi)
Cincin
15. Dari Ibnu Umar : Rasulullah saw membuat cincin dari
perak. Beliau saw memfungsikan cincin itu sebagai stempel (cop), bukan
untuk digunakan. (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
16. Dari Anas bin Malik : Ketika Rasulullah saw hendak
mengirim surat kepada Raja Persia, Raja Romawi dan Raja Najasyi, beliau
saw mendapatkan maklumat bahawa mereka tidak akan menerima surat yang
tidak berstempel. Maka Rasulullah saw membuat cincin yang lingkarannya
terbuat dari perak dan bertuliskan 'Muhammad Rasul Allah'. (Riwayat
Tirmidzi dan Muslim)
17. Dari Ali bin Abi Thalib : Rasulullah saw mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau saw. (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ibnu Hibban)
Serban
18. Amr bin harits r.a : Sungguh, Rasulullah saw pernah
berkhutbah di hadapan orang-orang dengan menggunakan serban hitam di
kepala beliau. (Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud, Nasai, Ibnu Majah
dan Ahmad)
19. Ibnu Umar r.a : Ketika Rasulullah saw mengenakan
serban, beliau saw menjulurkan serban itu di antara kedua bahu beliau.
(Riwayat Tirmidzi dan Abu Syaikh)
Pakaian
20. Dari Abu Burdah : Aisyah r.anha menunjukkan sehelai
pakaian yang kasar dan sebuah sarung yang tebal kepada kami, kemudian
ia berkata, "Rasulullah saw wafat ketika mengenakan pakaian ini.
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad dan
Abu Syaikh)
Cara Berjalan
21. Dari Ali bin Abi Thalib : Apabila Rasulullah saw berjalan, tubuh beliau tegap, seperti sedang menuruni tanah yang landai. (Riwayat Tirmidzi dan Hakim)
Makanan
22. Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw
bersabda, "Makanlah minyak zaitun dan manfaatkanlah sebagai minyak.
Sungguh, minyak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkati." (Riwayat
Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)
23. Dari Aisyah r.anha : Rasulullah saw menyukai manis-manisan dan madu. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim Abu Dawud dan Ibnu Majah)
24. Dari Abdullah bin Harits r.a : Kami memakan daging bakar bersama Rasulullah saw di dalam masjid. (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
25. Dari Aisyah r.anha : Minuman yang paling disukai
oleh Rasulullah saw adalah minuman yang manis dan dingin. (Riwayat
Tirmidzi, Ahmad, Hakim dan Abu Syaikh)
Cara minum
26. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah pernah meminum air zam-zam dengan berdiri (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
27. Dari Abdullah ibnu Amr ibnu Ash r.a : Saya
terkadang melihat Rasulullah saw minum dalam keadaan berdiri dan
kadangkala dalam keadaan duduk. (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
28. Dari Barra' ibnu Zaid ibnu Ibnati Anas ibnu Malik : Suatu
ketika Rasulullah saw bertamu ke rumah Ummu Sulaim. Di sana ada qirbah
(bekas air daripada kulit) yang sedang digantung. Beliau saw minum dari
mulut qirbah itu dalam keadaan berdiri, kemudian Ummu Sulaim mengambil dan melepaskan qirbah itu (dari gantungan). (Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Darami)
Wangian
29. Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Ada
tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan
susu." ((Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi) - Hadis Hasan
30. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah
saw bersabda, "Wewangian bagi lelaki adalah wangian yang keras,
aromanya (bau) keras dan warnanya tidak nampak. Sedangkan wangian bagi
perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak
menyengat (hidung)." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)
Berbicara
31. Dari Anas ibnu Malik r.a : Rasulullah saw mengulangi perkataannya sebanyak tiga kali agar mudah difahami (oleh pendengarnya). (Riwayat Tirmidzi dan Hakim)
Bergurau
32. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw pernah memanggilnya, "Wahai orang yang memiliki dua telinga!" (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud dan Ahmad) - Maksud hadis - Rasulullah bergurau begitu kerana Anas r.a pendengar yang baik.
Tidur
33. Dari Bara' bin Azib r.a : Ketika hendak tidur
Rasulullah saw selalu meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan beliau
dan berdoa 'Rabbi qiniy adzaabaka yama tab'a-tsu 'ibaadaka (Ya Rabb,
lindungilah aku dari azab-Mu pada hari ketika engkau membangkitkan
hamba-hambaMu |dari kubur|) (Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Nasa'i)
34. Dari Hudzaifah r.a : Setiap hendak tidur Rasulullah
saw selalu berdoa (Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan hidup). Dan
setiap kali bangun tidur, beliau berdoa (Segala puji bagi Allah yang
telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan
kepadaNyalah (kami) dibangkitkan). (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud
dan Ibnu Majah dan Nasa'i)
Hadis No.1 hingga ke No.34 Dinukil dari Kitab Syamail Muhammad S.A.W - Imam Al-Tirmidzi, Hadis Berikutnya dari;
Kitab Sahih Sunan Tirmidzi
Jilid 2
Jual Beli
1. Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual-beli khamar
(arak), bangkai, babi dan patung.”
Ada orang bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat mu dengan
lemak bangkai, sebab biasanya digunakan untuk mengecat kapal, meminyaki
kulit dan bahan untuk menyalakan lampu?’
Rasulullah saw menjawab, “Tidak boleh. Ia juga haram.” Kemudian Nabi saw
bersabda lagi, “Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi!
Sesungguhnya Allah telah mengharamkan lemak atas mereka, namun mereka
melebur atau mencairkannya (hingga tidak dikenal bahawa itu adalah lemak
(namanya juga diubah) ), kemudian mereka jual dan mereka makan hasil
penjualannya.” [1297]
2. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian melakukan Najsy.” [1304]
Keterangan Hadis : An-Najsy dalam jual-beli bermaksud kesepakatan
penjual dengan seseorang dalam menipu pembeli yang lain dalam tawar
menawar sesuatu harga barang. Ia bertujuan agar pembeli itu menawar
harga yang lebih tinggi.
Imam Asy-Syafi’i berkata; Perbuatan tersebut adalah berdosa, tetapi jual-beli itu sah.
Mengambil Kembali Pemberian
2. Dari Ibnu ‘Abbas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kami tidak
memiliki contoh yang buruk; (Iaitu) orang yang mengambil kembali
pemberiannya seperti anjing menjilat muntahnya sendiri.” [1298]
Riwayat lain dari Ibnu Umar r.a : Nabi saw bersabda, “Tidak halal bagi
seseorang memberi suatu pemberian lalu ia mengambilnya kembali, kecuali
orang tua (ibu bapa), dia boleh mengambil kembali apa yang telah
diberikan kepada anaknya.
Hutang
4. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa
yang memberi tempoh (kelonggaran waktu) pembayaran hutang kepada orang
yang kesulitan atau membebaskannya, maka Allah akan menempatkannya di
bawah naungan Arasy-Nya pada hari Kiamat nanti, (iaitu) hari yang tidak
ada naungan kecuali naungan-Nya.” [1306]
Perkongsian Tanah
5. Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa
yang mempunyai hak kerana berkongsi pada sebidang kebun, maka dia tidak
boleh menjual bahagiannya hingga dia menawarkannya terlebih dahulu
kepada pemegang hak pengongsinya yang lain.” [1312]
Harga Barang Naik
6. Dari Anas r.a, ia berkata : Pada masa Rasulullah saw, harga
bahan-bahan pokok naik, maka para sahabat berkata kepada Rasulullah saw,
‘Wahai Rasulullah, tetapkanlah harga barang untuk kami.’
Rasulullah saw menjawab, “Sesungguhnya hanya Allah yang berhak
menetapkan harga, Maha Menyempitkan, Maha Melapangkan dan Maha Pemberi
Rezeki, dan aku berharap, ketika aku berjumpa dengan Tuhan ku, tidak ada
seseorang pun dari kalian yang menuntut (kepada) ku kerana sesuatu
tindakan zalim baik yang menyangkut darah mahupun harta.” (Hasan Sahih)
[1314]
Perdamaian Antara Manusia
7. Dari Katsir bin Abdullah bin Amr bin Auf Al-Muzani menceritakan dari bapanya, dari datuknya :
Rasulullah saw bersabda, “Perdamaian antara kaum muslimin adalah boleh,
KECUALI perdamaian yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang
haram. Kaum muslimin harus melaksanakan syarat yang mereka tetapkan,
kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang
haram.” [1352]
Menanam Tanaman
8. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah seorang
muslim menanam sebuah pohon atau menanam sebuah tanaman lalu pohon atau
tanaman itu dimakan oleh manusia, burung atau binatang, kecuali hal itu
menjadi pahala sedekah untuknya.” [1382]
Diyat (Tebusan)
9. Dari Amr bin Syuaib dari bapanya, dari datuknya : Rasulullah
saw bersabda, “Barangsiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka
putusannya diserahkan kepada wali yang terbunuh. Jika mahu mereka boleh
membunuhnya (dengan cara qisas) dan jika mahu mereka juga boleh meminta
diyat, iaitu tiga puluh unta hiqqah (unta yang berusia empat tahun),
tiga puluh unta jadza’ah (unta yang berusia lima tahun) dan empat puluh
kholifah (unta yang sudah bunting). Kalaupun ada kesepakatan damai, maka
hal itu terserah pada mereka.” Hadis Hasan. [1387]
Hanya TIGA perkara yang MEMBOLEHKAN Menumpahkan Darah Seorang Muslim
10. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw pernah
bersabda, “Tidak halal menumpahkan darah seorang Muslim yang bersaksi
tidak ada sesembahan selain Allah dan aku (Nabi saw) adalah utusan Allah
KECUALI kerana salah satu dari tiga perkara;
(a). Penzina yang sudah bernikah (rejam),
(b). Kerana membunuh jiwa (qisas),
(c). dan orang yang meninggalkan agama (murtad) dan keluar dari jemaah kaum Muslimin.” [1402]
Larangan Membunuh Orang Bukan Islam
11. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ketahuilah,
barangsiapa yang membunuh kafir yang terikat perjanjian damai dengan
kaum Muslimin yang memiliki jaminan Allah dan jaminan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya orang tersebut telah telah merosak jaminan Allah.
Kerana itu, ia (orang yang membunuh) tidak akan dapat mencium aroma
syurga, padahal aroma syurga itu tercium dari jarak perjalanan tujuh
puluh tahun.” [1403]
12. Dari Sa’id bin Zaid bin Amr bin Nufail r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Barangsiapa yang terbunuh kerana membela (mempertahankan)
hartanya, maka ia adalah syahid; dan barangsiapa yang mengambil tanah
walaupun hanya sejengkal nescaya tujuh lapis bumi akan dikalungkan
kepadanya pada hari kiamat nanti.” [1418]
13. Dari Sa’id bin Zaid r.a : Rasulullah saw bersabda :
(1). “Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia adalah syahid,
(2). Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya, maka ia adalah syahid,
(3). Barangsiapa yang terbunuh kerana membela darahnya (dirinya), maka ia adalah syahid dan;
(4) Barangsiapa yang terbunuh kerana membela keluarganya, maka ia adalah syahid.” [1421]
Menutup Aib Orang Muslim
14. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa
yang melepaskan kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan
dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya dari kesusahan-kesusahan
akhirat,
Dan barangsiapa yang menutupi (aib) orang Muslim, maka Allah akan
menutupi (aib)nya di dunia dan di akhirat. Allah selalu menolong
hamba-Nya selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya (sesama
Islam).” [1425]
Larangan Memakan Daging Binatang yang Bertaring dan Cakar
15. Dari Abu Tsa’labah Al-Khusyani r.a, berkata : Rasulullah saw melarang (makan daging) binatang yang mempunyai taring dari jenis binatang buas. [1477]
16. Dari Jabir r.a, ia berkata : Rasulullah saw mengharamkan
(memakan) – ketika Perang Khaibar – keldai (jinak), daging baghal,
segala binatang buas yang mempunyai taring dan burung yang mempunyai
cakar. [1478]
17. Dari Abu Hurairah r.a : Sesungguhnya Rasulullah saw telah mengharamkan segala binatang buas yang mempunyai taring. [1479]
Nazar
18. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah
kalian bernazar, kerana sesungguhnya nazar itu sama sekali tidak boleh
mengubah atau menolak takdir. Nazar itu hanya berfungsi mengeluarkan
harta dari orang yang bakhil.” [1538]
Perjalanan Hidup Rasulullah SAW
19. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Aku telah diutamakan atas para Nabi (yang lain) dengan enam perkara;
1. Aku diberi Jawami’ al-Kalim (Hikmah atau kebijaksanaan dalam
mengeluarkan perkataan yang singkat, tetapi mencakupi makna yang luas),
2. Aku ditolong dengan memberikan rasa takut dalam diri musuh,
3. Harta rampasan perang dihalalkan untuk ku,
4. Tanah dijadikan sebagai masjid dan alat bersuci untuk ku, dan
(5). Aku diutus kepada seluruh makhluk dan (6) para Nabi ditutup oleh diri ku.” [1553]
20. Dari Al-Harits bin Malik r.a, ia berkata : Aku mendengar Nabi
saw bersabda pada hari penaklukan kota Makkah, “Tidak akan diperangi
(kota) ini setelah hari (ini) sampai hari kiamat kelak.” [1611]
21. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada Adwa
(penyakit yang berjangkit tanpa kehendak Allah), tidak ada Thiyarah
(nasib sial) dan aku menyukai Fa’l.”
Para sahabat bertanya, ‘Ya Rasulullah, apakah fa’l itu?’ Rasulullah saw menjawab, “Perkataan yang baik.” [1615]
Jihad
22. Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata : Ditanyakan kepada
Rasulullah (saw), ‘Ya Rasulullah, apa yang dapat menyamai (pahala)
Jihad? Rasulullah saw menjawab, “Sesungguhnya kalian tidak akan mampu
melakukannya.”
Para sahabat mengulangi pertanyaan itu dua atau tiga kali. (Namun untuk)
masing-masing pertanyaan Beliau (saw) bersabda, “Sesungguhnya kalian
tidak akan mampu melakukannya.”
Rasulullah saw kemudian bersabda pada kali yang ketiga, “Perumpamaan
orang yang berjihad di jalan Allah adalah seperti orang yang beribadah
(pada malam hari) dan berpuasa (di siang hari) tanpa merasa penat
melaksanakan solat atau puasa sampai orang yang berjihad itu kembali.”
[1619]
23. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, (Allah berfirman) :
“Orang yang berjihad di jalan Allah itu menjadi tanggungjawab-Ku. Jika
Aku mencabut nyawanya, maka aku akan mewariskan syurga kepadanya. Jika
Aku mengembalikannya, maka Aku akan mengembalikannya dengan membawa
pahala atau ghanimah (harta rampasan perang).” [1620]
24. Dari Fadhalah bin Ubaid r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Setiap orang yang meninggal dunia itu ditanda sesuai dengan amal
perbuatannya, kecuali orang yang meninggal dalam keadaan menjaga (dari
serangan musuh) di jalan Allah. Sesungguhnya amal perbuatannya akan
dikembangkan untuknya sampai hari kiamat dan ia akan diselamatkan dari
fitnah (siksa) kubur.” [1621]
Keutamaan Puasa
25. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa
yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjauhkannya
dari neraka selama perjalanan tujuh puluh tahun.” [1622]
Keutamaan Infak
26. Dari Khuraim bin Fatik r.a (ada riwayat lain dari Abu Hurairah r.a) :
Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang menginfakkan suatu nafkah di
jalan Allah, akan ditulis untuknya (pahala) tujuh ratus kali ganda.”
[1625]
Kelebihan ‘Mata’
27. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Dua mata yang tidak akan tersentuh oleh (api) neraka;
(a). Mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan
(b). Mata yang tidak terpejam kerana berjaga-jaga di jalan Allah (orang yang menjaga di perbatasan).” [1639]
Berdoa Mati Syahid
28. Dari Abdurrahman bin Syuraih r.a (ada riwayat lain dari
Mu’adz bin Jabal r.a) : Nabi saw bersabda, “Barangsiapa yang meminta
mati syahid kepada Allah dari dalam hatinya secara jujur, maka Allah
akan menyampaikannya ke darjat orang-orang yang mati syahid, walaupun ia
meninggal dia atas tempat tidurnya.” [1653]
Pahala Orang Mati Syahid
29. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak
(ada) seorang hamba (pun) dari penduduk syurga yang ingin kembali ke
dunia kecuali orang mati syahid. Sesungguhnya ia ingin kembali ke dunia.
Ia berkata ‘Supaya aku dapat dibunuh sepuluh kali (lagi) di jalan
Allah’. Ini kerana ia telah melihat kemuliaan yang diberikan kepadanya
(atas sebab syahidnya dia ketika di dunia).” [1661]
30. Dari Al-Miqdam bin Ma’di Karib r.a : Rasulullah saw bersabda, “Bagi orang yang mati syahid itu (di sisi Allah) ada enam (balasan atau ganjaran):
(a). Akan diampuni baginya (dosa-dosa) sejak pertama kali percikan darah(nya keluar),
(b). Ia akan melihat tempatnya di syurga,
(c). Ia akan diselamatkan dari siksa kubur dan kedahsyatan besar (pada hari kiamat),
(d). Akan diletakkan di atas kepalanya mahkota kewibawaan, satu yakut
(permata) pada mahkota tersebut lebih baik dari dunia dan apa yang ada
di dalamnya,
(e). Ia akan dikahwinkan dengan tujuh puluh dua isteri yang berupa (dari jenis) bidadari, dan
(f). Ia akan diterima syafaatnya untuk tujuh puluh orang keluarganya.” [1663]
No comments:
Post a Comment