Saturday 18 February 2012

ISU USCO

26.02.2012

KERATAN AKHBAR,Betul Sabah Tidak Boleh Berpisah Dengan Persekutuan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertubuhan Suluk Diluluskan


KOTA KINABALU 28 April - 2010
Pertubuhan Masyarakat Suluk Bersekutu (USCO)
 akan mempergiatkan usaha menarik lebih ramai masyarakat dari Orang Suluk menjadi ahli pertubuhan tersebut.
Presidennya, Attad@Bentan Alamin berkata, langkah itu bertujuan menguatkan Pertubuhan (USCO) tersebut sejajar dengan objektif untuk menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan sosio ekonomi kaum itu di negeri ini.
"Setakat ini kita mempunyai 5,000 ahli berdaftar dan kita akan mempergiatkan usaha untuk menarik lebih ramai penyertaan daripada Orang Suluk di Sabah dan seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Sidang akhbar tersebut diadakan bertujuan memaklumkan 
kejayaan (USCO) mendapat pengiktirafan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini.
Bentan berkata, antara strategi yang akan dilakukan bagi menambah ahli adalah dengan menggerakkan ahli sedia ada menganjurkan program kemasyarakatan.
Beliau menambah, Pertubuhan (USCO) itu diwujudkan bagi merancang program pembangunan masyarakat, ekonomi dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada ahli-ahli pertubuhan itu.
(USCO) juga berusaha mewujudkan kerjasama antara kaum dan bersatu selaras konsep 1Malaysia," katanya.Tambah beliau, keahlian Pertubuhan (USCO) adalah terbahagi kepada tiga kategori iaitu ahli biasa, ahli bersekutu dan ahli kehormat"Insya-Allah kita akan Memperjuangkan Orang Suluk," katanya.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Bentan Alamin
Presiden USCO




Monday, 06 September 2010 23:56

Harap isu air selesai sebelum Aidilfitri - Penduduk 


KOTA KINABALU 5 Sept. - Penduduk pangsapuri Telipok Ria di sini menggesa pemaju perumahan segera menyelesaikan masalah bekalan air yang kerap berlaku di kawasan itu.

Penduduk mendakwa, masalah tersebut telah berlarutan sejak setahun lalu dan menjadi lebih serius sepanjang Ramadan ini.

Apa yang membimbangkan penduduk adalah jika masalah berkenaan terus berlarutan minggu depan ketika semua penduduk yang kebanyakannya umat Islam sibuk melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rozain berkata, masalah bekalan air menyebabkan penduduk sukar untuk melakukan aktiviti seharian.

''Segala aktiviti lain seperti membersih rumah terpaksa ditangguh dahulu kerana ketiadaan air. Pada masa ini air yang dibawa digunakan untuk keperluan harian seperti memasak dan membasuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, ramai penduduk mengeluh kerana terpaksa mengangkat air khususnya ketika mereka menjalani ibadah puasa.

Seorang lagi penduduk, Jafar Wahab berkata, pemaju perlu menyelesaikan segera masalah yang dihadapi penduduk di perumahan tersebut.

Katanya, mereka hairan kerana gangguan bekalan air di perumahan itu berlaku setiap kali Ramadan.

Menurutnya, masalah tersebut telah disampaikan kepada pihak pemaju tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

''Kami berharap masalah ini akan selesai sebelum tiba Aidilfitri beberapa hari lagi. Sudah tidak larat hendak turun-naik tangga setiap hari untuk mendapatkan bekalan air daripada tangki yang disediakan khas oleh pemaju," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Masyarakat Suluk Bersekutu (USCO), Bentan Alamin yang turut mewakili penduduk di taman tersebut berkata, kawasan itu mengalami masalah bekalan air sejak awal Ramadan lalu.

Katanya, lebih 3,000 penduduk di taman tersebut terpaksa beratur dan ada yang terpaksa mengangkut air ke rumah masing-masing bagi kegunaan seharian di tingkat lima.

"Ini kali ketiga penduduk di sini berhadapan dengan masalah air di bulan Ramadan. Saya mewakili penduduk berharap masalah ini dapat diatasi sebelum hari raya kerana air begitu penting pada masa tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Bentan berkata, masalah air berlaku sepanjang hari dan mereka hanya bergantung kepada air yang dibekalkan menerusi tong tadahan air.

Meskipun begitu katanya, air yang keluar daripada tong tersebut terlalu kecil dan lemah, menyebabkan orang ramai terpaksa tunggu lama serta beratur panjang bagi mendapatkan air.

Tambahnya, ada juga penduduk terpaksa membasuh pakaian di tempat menunggu bekalan air, selain memandikan anak-anak kecil.

Sehubungan itu dia berharap, pihak pemaju dapat melakukan tindakan segera bagi memastikan penduduk kembali mendapat air bersih pada hari raya nanti.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                        Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN)

 Majlis Perjumpaan Dato’ Lee Chee Leong Bersama Wakil Politik Negeri Sabah Di JPPM Negeri Sabah Pada 17 Januari 2012


 

 

 

 

 

 

Bentan Alamin,Presiden Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN) Yang Juga Merupakan, Presiden Pertubuhan USCO,Berdiri Sebelah Kiri, Dengan Timbalan Kementerian Dalam Negeri,Dato’ Lee Chee Leong Semasa Majlis Perjumpaan 12 Parti di Sabah, Yang Belum  Mendapat Kelulusan Daripada (Ros).

 

 

 

Dato’ Lee Chee Leong telah berjumpa dengan 12 buah parti politik Sabah bertempat di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah pada 17 Januari 2012. Parti-parti ini diwakili oleh presiden dan timbalan presiden masing- masing dan ia merupakan parti baru yang masih belum diluluskan pendaftaran oleh pihak JPPM. 

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kempen MyDaftar untuk semua kaum

Kaunter khas JPN dibuka di sembilan negeri : Subramaniam
PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 4,000 masyarakat India tempatan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, keadaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kurang pengetahuan serta beberapa masalah lain.
“Kempen MyDaftar peringkat kebangsaan mulai 19 hingga 26 Februari ini mensasarkan untuk mendaftarkan sebanyak mungkin masyarakat India tempatan yang tidak ada dokumen diri sewajarnya.
“Kempen ini merupakan platform untuk masyarakat yang mempunyai masalah tampil ke depan dan berusaha menyelesaikan masalah itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan Kempen MyDaftar peringkat kebangsaan, di sini, semalam.
Kempen selama lapan hari itu membabitkan proses mendokumentasikan masyarakat India tempatan yang tidak ada dokumen pengenalan diri yang sewajarnya seperti sijil kelahiran, kad pengenalan serta masih memiliki kad pengenalan merah dan belum memohon status warganegara.
Ia dianjurkan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India bersama-sama Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri dan disokong oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta turut dibantu badan bukan kerajaan (NGO), MIC, agensi kerajaan, guru, serta pertubuhan politik dan sukarelawan.
Subramaniam yang juga pengerusi pasukan petugas khas pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India dan Timbalan Presiden MIC turut mempelawa masyarakat kaum lain yang menghadapi masalah dokumen pengenalan diri mendaftar semasa kempen itu.
Sepanjang kempen itu, 85 kaunter khas JPN akan dibuka pada waktu pejabat, termasuk Sabtu dan Ahad.
“Setiap negeri yang terlibat dalam kempen itu iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor akan ada penyelaras utama dengan dibantu sukarelawan dari MIC dan NGO.
“Kita juga akan beri tumpuan kepada beberapa tempat antaranya sekolah-sekolah Tamil untuk memastikan semua murid yang tiada sijil kelahiran akan diselesaikan serta di rumah-rumah kebajikan kerajaan dan swasta yang ada di antaranya penghuni tidak ada dokumen pengenalan diri yang lengkap,” katanya.

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     Parti Kebenaran Sabah Ditubuh   

  Oleh : Apri Asiri

 

 

 

 

 

   


        



       
                   










Bentan Alamin 
Presiden Parti Kebenaran (KEBENARAN)


Kota Kinabalu: 24.02.2010, Sebuah lagi parti politik, dikenali sebagai  Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN) ditubuhkan di sini dengan matlamat untuk membela nasib rakyat.

 Ia diterajui seorang anak muda yang berasal dari menggatal Attad Alamin @ Bentan, 30 selaku Presiden Penaja parti berkenaan.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini kelmarin,Bentan berkata pihaknya sudah menghantar permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mendaftarkan parti berkenaan pada isnin lepas.
“Parti ini merupakan sebuah parti untuk semua lapisan masyarakat dan setiap seorang daripada kita dialu-alukan menjadi ahli.Pun begitu, kami sedang menunggu proses pendaftaran daripada ROS sebelum mempergiatkan,usaha mencari ahli baru,” katanya yang juga merupakan seorang peniaga dan Presiden Pertubuhan Masyarakat Suluk Bersekutu (USCO).

 Bentan berkata adalah menjadi hasrat partinya untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan rancangan atau program yang sedang dan akan dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

Bendera parti tersebut bercirikan bulan sabit sebanyak 32 yakni melambangkan 32 etnik di Sabah,sementara warna putih melambangkan keikhlasan dalam perjuangan dan warna biru melambangkan penduduk negeri yang bersatu ke arah kebenaran

Asas dan tujuan Parti Kebenaran Sabah mahu mendukung cita-cita kebangsaan anak jati Sabah demi mengekalkan maruah dan mertabat agama,bangsa serta negara.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Sakilan Sakahaji Dari Lahad Datu,Menyertai USCO.






Presiden USCO memberi katalog & kad keahlian USCO pada 02.06.2011 di ibu pejabat USCO.

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bentan Alamin Bersama Ahli USCO yang Mengadu masalah 
tentang Kad Pengenalan Yang Belum di luluskan oleh JPN.

Saya Harap Jabatan Pendaftaran Negara
dapat menyelesaikan Masalah Ahli USCO, dan saya berharap juga JPN tidak memilih bangsa.menurut maklumat daripada pengadu bahawa Kad Pengenalan Beliau






hanya diberi Cop Sahaja pada resit kad Pengenalan Sementara pada setiap kali pengadu membuat rujukan ke JPN,
Rujukan 2011






No comments:

Post a Comment