Senarai calon PRU-13 wakili parti pembangkang sudah dimuktamad
KUALA TERENGGANU: PKR berhasrat bertanding di tiga kerusi Parlimen
dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13).
"Hasrat kita ini kerana keadaan PKR yang lebih baik ketika ini, selain PKR sendiri mempunyai ramai calon berwibawa dan boleh menjanjikan kemenangan kepada pakatan pembangkang. Kita sudah kenal pasti calon dan yang pasti, mereka anak jati Terengganu dan berpeluang menang berdasarkan referendum rakyat.
"Setakat ini, kita belum boleh dedahkan kawasan bertanding, tetapi calon dipilih berdasarkan kriteria ditetapkan PKR Pusat. Ini juga simbolik PKR sudah melakukan persiapan dan bersedia lebih awal untuk menempuh PRU-13 yang diuar-uarkan semakin hampir," katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ketua Cabang Kuala Terengganu berkata, PKR tidak lagi bergantung kepada rakan pembangkang, sebaliknya mahu menggerakkan jentera sendiri.
"Kita mahu PKR mewakili kerusi dalam setiap kawasan Parlimen di negeri ini dan sudah menyiapkan jentera kerana kita tidak mahu terlalu bergantung kepada rakan dalam pakatan seperti PRU-12," katanya.
Ketika PRU-12 pada 2008, calon PKR bertanding di dua kerusi Parlimen iaitu Kemaman dan Dungun, serta lima kerusi DUN iaitu di Kota Putera, Besut; Permaisuri, Setiu; Seberang Takir, Kuala Nerus; Bandar, Kuala Terengganu dan Telemong, Hulu Terengganu, namun gagal memenangi mana-mana kerusi.
Ketika ini, Terengganu memiliki lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN dengan dua kerusi Parlimen dan lapan kerusi DUN dikuasai PAS.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahari Mamat ketika dihubungi berkata, PAS maklum mengenai hasrat pimpinan PKR mengenai agihan kerusi itu, namun enggan mengulas lanjut kerana menyerahkan kepada mesyuarat PR Pusat untuk membuat keputusan.
"Saya sendiri menjadi pengerusi mewakili PAS pada mesyuarat bagi menentukan kerusi yang akan diwakili parti dalam pakatan pembangkang ketika itu dan setakat ini belum ada apa-apa keputusan kerana masih dalam perbincangan," katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PM anggap kuasa baru perjuang kebajikan masyarakat
Oleh itu, Perdana Menteri berharap NGO bergerak seiring dengan
kerajaan bagi memantapkan pentadbiran dan memajukan ekonomi, politik dan
sosial negara kerana Barisan Nasional (BN) tidak pernah alpa terhadap
janjinya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
“Kita mengiktiraf fungsi NGO sebagai rakan strategik dalam
memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, apatah lagi dengan
kemampuan NGO muncul sebagai kuasa baru dalam membantu memajukan
masyarakat dan negara.
“Dengan ledakan teknologi maklumat (IT) dan fenomena globalisasi, maka berlaku perubahan besar dalam NGO yang hari ini muncul sebagai kuasa baru untuk memajukan masyarakat,” katanya berucap merasmikan program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan kira-kira 20,000 pemimpin serta ahli 1,623 NGO dari seluruh negara.
Program itu bertujuan memberi penghargaan kepada NGO sebagai rakan strategik kerajaan dalam membantu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melaksanakan pelbagai program agama, kebajikan, kesukarelaan, kesihatan, pendidikan dan kebudayaan.
Pada majlis itu, 18 NGO membuat pengakuan secara berasingan untuk terus memberikan sokongan padu kepada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, selain memohon kerajaan menyediakan dana lebih besar bagi membantu NGO melaksanakan program kebajikan dan kesejahteraan anggota masyarakat.
Perdana Menteri berkata, kejayaan negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial sekarang dan pada masa depan tidak datang bergolek, sebaliknya direalisasikan melalui kecekapan urus tadbir kerajaan BN yang menjanjikan kelangsungan kesejahteraan.
Katanya, sejajar konsep turun padang dan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kerajaan akan mempergiat usaha mendekati NGO berbanding menunggu pertubuhan itu datang untuk memohon bantuan kerajaan sebelum ini.
KLUANG 26 Feb. — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar pasukan khas ke Sabah dua hari lepas untuk menyiasat dengan lebih terperinci isu berkenaan kanak-kanak tidak berwarganegara di negeri terbabit, kata menterinya, Datuk Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, pihaknya akan menumpukan kepada beberapa kawasan di Sabah seperti Semporna dalam usaha menyelesaikan masalah berkenaan.
"Isu itu amat dekat dengan saya dan hari ini saya memberikan komitmen untuk menangani masalah itu dengan bersungguh-sungguh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata, demikian selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Agensi Anti Dadah Peringkat Kebangsaan di Taman Sri Lambak, di sini.
Hishammuddin berkata, usaha mencari penyelesaian teradap isu kanak-kanak tidak berkewarganegaraan di Sabah memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk pemimpin tempatan dan agensi-agensi kerajaan.
Malaysia terima permohonan ekstradisi dari semasa ke semasa
05.03.2012
PM anggap kuasa baru perjuang kebajikan masyarakat
KUALA
LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan mengiktiraf pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) sebagai kuasa baru pergerakan rakyat dan rakan
strategik dalam memperjuangkan isu kebajikan dan kesejahteraan
masyarakat.
“Dengan ledakan teknologi maklumat (IT) dan fenomena globalisasi, maka berlaku perubahan besar dalam NGO yang hari ini muncul sebagai kuasa baru untuk memajukan masyarakat,” katanya berucap merasmikan program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan kira-kira 20,000 pemimpin serta ahli 1,623 NGO dari seluruh negara.
Program itu bertujuan memberi penghargaan kepada NGO sebagai rakan strategik kerajaan dalam membantu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melaksanakan pelbagai program agama, kebajikan, kesukarelaan, kesihatan, pendidikan dan kebudayaan.
Pada majlis itu, 18 NGO membuat pengakuan secara berasingan untuk terus memberikan sokongan padu kepada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, selain memohon kerajaan menyediakan dana lebih besar bagi membantu NGO melaksanakan program kebajikan dan kesejahteraan anggota masyarakat.
Perdana Menteri berkata, kejayaan negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial sekarang dan pada masa depan tidak datang bergolek, sebaliknya direalisasikan melalui kecekapan urus tadbir kerajaan BN yang menjanjikan kelangsungan kesejahteraan.
Katanya, sejajar konsep turun padang dan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kerajaan akan mempergiat usaha mendekati NGO berbanding menunggu pertubuhan itu datang untuk memohon bantuan kerajaan sebelum ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KDN siasat isu kanak-kanak tiada warganegara di Sabah
26/02/2012 3:41pm
KLUANG 26 Feb. — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar pasukan khas ke Sabah dua hari lepas untuk menyiasat dengan lebih terperinci isu berkenaan kanak-kanak tidak berwarganegara di negeri terbabit, kata menterinya, Datuk Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, pihaknya akan menumpukan kepada beberapa kawasan di Sabah seperti Semporna dalam usaha menyelesaikan masalah berkenaan.
"Isu itu amat dekat dengan saya dan hari ini saya memberikan komitmen untuk menangani masalah itu dengan bersungguh-sungguh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata, demikian selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Agensi Anti Dadah Peringkat Kebangsaan di Taman Sri Lambak, di sini.
Hishammuddin berkata, usaha mencari penyelesaian teradap isu kanak-kanak tidak berkewarganegaraan di Sabah memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk pemimpin tempatan dan agensi-agensi kerajaan.
---------------------------------------------------------------------------------
Malaysia terima permohonan ekstradisi dari semasa ke semasa
2012/02/23
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata
Malaysia sentiasa menerima permintaan ekstradisi dari negara luar untuk
menghantar penjenayah yang ditahan oleh polis atau imigresen bagi
dihadap ke muka pengadilan di negara berkenaan.
"Hampir setiap bulan, malah dari Amerika yang membabitkan bukan
warganya pun ada, tapi saya tidak boleh dedahkan dengan lebih terperinci
maklumat risikan mengenainya," katanya.
Katanya selain dua individu yang dikehendaki negara Amerika itu, awal
tahun ini juga menyaksikan Malaysia menahan dan menghantar pulang
beberapa individu yang dikehendaki di Singapura.
Bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini, beliau berkata Malaysia sentiasa bertegas dalam perkara itu, bagi mengelak daripada dianggap sebagai tempat transit oleh penjenayah merentasi sempadan mahupun pengganas.
Beliau berkata dasar Malaysia adalah jelas, ia tetap tidak akan membenarkan mana-mana pihak melihat Malaysia sebagai pengkalan atau tempat untuk merancang aktiviti jenayah.
Sementara itu, Hishammuddin berkata Malaysia telah menerima permohonan ekstradisi daripada Thailand, terhadap seorang rakyat Iran yang merupakan suspek dalam tiga kejadian letupan bom minggu lepas di Bangkok, Thailand.
"Saya yang minta pihak berkuasa Thailand buat permohonan itu segera, kalau ada permintaan lebih awal, kita boleh hantar (rakyat Iran itu) lebih awal," katanya.
Dua hari lalu, Menteri Luar Thailand, Thani Thongpakdi dilaporkan berkata Bangkok secara rasmi menghantar permohonan ekstradisi melalui kedutaan Thailand di Kuala Lumpur.
Masoud Sedaghat Zadeh, 31, ditahan pada 3.30 petang 15 Februari lalu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di bawah Akta Imigresen ketika hendak berlepas ke Iran, selepas tiba dari Thailand pada malam sebelumnya.
Hishammuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri sedang memberi tumpuan kepada usaha menangani masalah berkaitan kanak-kanak jalanan yang tidak memiliki status warganegara.
Beliau berkata masalah ini banyak dikesan di Sabah, dan beberapa bandar besar dalam negara, kebanyakannya membabitkan kanak-kanak yang ditinggal begitu sahaja oleh ibu bapa, tanpa dokumen kelahiran.
Katanya jika masalah mereka tidak ditangani awal, mereka akan membesar dalam keadaan dinafikan daripada pelbagai keperluan penting seperti taraf kewarganegaraan, pendidikan, perubatan, dan banyak lagi.
Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin berkata bagi tempoh antara Januari dan November lalu, jenayah indeks menurun 16,761 kes, iaitu berkurangan 10.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Dari segi jenayah jalanan pula peningkatan kehadiran polis dan sukarelawan seperti RELA dan Jabatan Pertahanan Awam menyebabkan penurunan 14,226 kes, iaitu pengurangan 40.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
"Saya gembira kerana pencapaian negara turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Misalnya laporan World Justice meletakkan Malaysia di tempat paling selamat di kalangan 19 negara berpendapatan sederhana atas, dan ke-12 paling selamat di dunia, mengatasi kedudukan Amerika Syarikat dan Great Britain," katanya.
Katanya Indeks Keamanan Global pula meletakkan Malaysia sebagai negara paling selamat dan paling aman di Asia Tenggara, negara paling selamat di rantau Asia Pasifik dan negara ke-19 paling selamat di seluruh dunia. - BERNAMA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
21 Februari, 2012 20:40 PM

Anwar Perlu Beri Penjelasan Kepada Majlis Syura Pas - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad
Maslan mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi
penjelasan kepada Majlis Syura PAS berhubung kenyataannya mengenai isu
keselamatan negara Israel.
Ahmad berkata tindakan Anwar menjelaskan kenyataannya itu kepada Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat di sini Selasa boleh diibaratkan sebagai lakonan politik semata-mata.
Ini kerana sudah terbukti Menteri Besar Kelantan itu sentiasa memihak kepada Anwar termasuk dalam kes liwat dan video seks, kata Ahmad.
"Pendirian Nik Aziz tiada kredibiliti kerana beliau ulama politik. Jika Anwar takut hendak berdepan dengan Majlis Syura PAS, maka tidak perlulah heboh mahu berdebat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.
Selepas pertemuan kira-kira sejam hari ini, yang turut disertai Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Anwar berkata Nik Aziz memahami pendirian beliau mengenai Israel.
Pertemuan itu diadakan selepas Nik Aziz menggesa Anwar menarik balik kenyataan itu sekiranya benar ia dibuat atau menyaman The Wall Street Journal sekiranya laporan itu salah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
21 Februari, 2012 19:13 PM
Cendekiawan Sokong Kenyataan Rais NGO Bukan Kuasa Ketiga
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kalangan cendekiawan bersetuju
bahawa badan bukan kerajaan (NGO) yang cenderung memainkan isu-isu
politik perlu mendaftar sebagai parti politik dan tidak berselindung di
sebalik topeng mana-mana NGO.
Mereka sependapat bahawa rakyat juga tidak boleh dengan mudah menganggap NGO yang cuba memainkan peranan dan isu politik sebagai Kuasa Ketiga yang dilaung-laungkan banyak pihak sekarang.
Apatah lagi untuk NGO itu sendiri mengakui ia memainkan peranan sebagai Kuasa Ketiga, sedangkan hakikatnya NGO itu mungkin hanya dianggotai oleh empat atau lima orang jawatankuasanya, dan tidak sekali-kali mewakili suara rakyat terbanyak.
Para cendekiawan itu menyokong kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menasihati rakyat jangan mudah melabel NGO sebagai Kuasa Ketiga kerana NGO itu sendiri tidak mempunyai apa-apa kuasa, kerana kuasa yang sebenarnya berada di tangan rakyat.
Rais berkata demikian dalam temu bual khas dalam program popular "Kerusi Panas" Bernama Radio24, sempena pelancaran peluasan siaran stesen radio itu ke selatan tanah air di Johor Baharu, semalam.

22 Februari, 2012 17:05 PM
SHAH ALAM, 22 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata seseorang Muslim tidak perlu berbai'ah kepada pemimpin yang hanya merupakan orang biasa.
Bai'ah bermakna kita 'swear loyalty' (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah...bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama," katanya.
Katanya seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.
Dr Mahathir mengulas laporan akhbar Rabu bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah dan sesiapa yang melanggarnya "akan celaka dunia dan akhirat".
"Tidak ada perlu Bai'ah kepada sesiapa...bukan pun Nabi, jadi nak Bai'ah buat apa?" kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana "Transformasi Minda Penyelidik Muda" anjuran Persatuan Pascasiswazah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA di sini hari ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
February 22, 2012 12:55 PM |
Gangguan Bekalan Air 10 Jam Di Beberapa Lokasi Di Tawau Jumaat Ini
TAWAU, 22 Feb (Bernama) -- Beberapa
kawasan di sini dijadualkan mengalami gangguan bekalan air selama 10 jam
pada Jumaat ini disebabkan kerja-kerja pemasangan paip bersaiz 1,000mm
di Loji Rawatan Air Cinta Mata.
Menurut satu notis yang difakskan ke pejabat Bernama di sini, gangguan bekalan itu pada jam 8 pagi hingga 6 petang dan antara kawasan terlibat ialah semua kawasan Air Panas, Sin On dan sepanjang Jalan Utara hingga ke kawasan bandar Tawau.
Kawasan lain yang turut terlibat ialah semua kawasan sepanjang Jalan Kuhara hingga ke kawasan bandar Tawau, seluruh kawasan Tanjung Batu dan seluruh kawasan bandar Tawau dan kawasan berhampiran.
Sehubungan itu, pengguna di seluruh kawasan berkenaan dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya untuk kegunaan mereka.
Menurut notis berkenaan kerja-kerja pemasangan paip itu akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan dimaklumkan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menurut satu notis yang difakskan ke pejabat Bernama di sini, gangguan bekalan itu pada jam 8 pagi hingga 6 petang dan antara kawasan terlibat ialah semua kawasan Air Panas, Sin On dan sepanjang Jalan Utara hingga ke kawasan bandar Tawau.
Kawasan lain yang turut terlibat ialah semua kawasan sepanjang Jalan Kuhara hingga ke kawasan bandar Tawau, seluruh kawasan Tanjung Batu dan seluruh kawasan bandar Tawau dan kawasan berhampiran.
Sehubungan itu, pengguna di seluruh kawasan berkenaan dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya untuk kegunaan mereka.
Menurut notis berkenaan kerja-kerja pemasangan paip itu akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan dimaklumkan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ALOR SETAR, 20 Feb (Bernama) --
Program Transformasi Jabatan (JTP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang
dimulakan sejak pertengahan 2010 dijangka akan diaplikasikan di seluruh
negara pada April ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata program melalui
pembangunan semula sistem pengkomputeran jabatan itu telah pun 49
peratus siap dan berada dalam fasa pembangunan sistem.
Beliau berkata ujian penerimaan pengguna oleh JPJ sedang berjalan bagi
aktiviti utama pengurusan penguat kuasa dan kutipan hasil.
Katanya pembangunan semula sistem itu melibatkan empat modul
perkhidmatan teras JPJ iaitu pengurusan pendaftaran kenderaan dan
kejuruteraan automotif, pengurusan perlesenan pemandu, pengurusan
penguatkuasaan serta pengurusan kutipan hasil.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wanita Islam Sabah terpaksa masak babi kerana terlalu miskin
Kalau di televisyen, radio dan surat khabar, setiap hari rakyat Malaysia disuap dengan berita-berita propaganda, kononnya hanya Barisan Nasional sahajalah yang pandai memerintah Malaysia. Hanya Barisan Nasional sajalah yang membawa kemajuan kepada rakyat. Parti-parti lain hanya akan menjahanamkan negara.
Tapi realitinya, Negeri Sabah yang ditadbir berpuluh tahun oleh Barisan Nasional, adalah Negeri paling miskin dan mundur di Malaysia. Hal ini disahkan sendiri oleh Bank Dunia, rujuk sini [Sabah Miskin] Kerana itu TV3 suku sudah berhenti daripada menyiarkan berita Kelantan negeri mundur, kerana Negeri paling mundur adalah Negeri Sabah. Kalau tidak setiap hari TV3 jadi agen penyebar propaganda Kelantan mundur.
Kemunduran Negeri Sabah sebenarnya jauh dari apa yang anda dan ReJaM© bayangkan. Kemunduran Negeri Sabah sampai ke tahap darurat yang tak pernah terjangkau oleh akal kita. Sehinggakan wanita Islam sanggup bekerja di restoran bukan Islam, memegang dan memasak babi, malah diberikan makanan yang tidak halal semasa bekerja.
Menitik air mata ReJaM© menyaksikan hal ini disembunyikan oleh media-media pengampu kerajaan semata-mata untuk menjaga imej "tuan" mereka.
Saudara kita di Sabah, kerana terlalu miskin terpaksa merendahkan diri
ke tahap paling hina, sedang pemimpin hanya pandai menyebarkan
propaganda merekalah pembawa kemajuan.
Kisah rakyat bawahan yang susah disembunyikan, sebaliknya
media-media kerajaan sibuk menyiarkan kisah video seks setiap hari
untuk memperbodohkan orang kampung, makcik-makcik dan pakcik-pakcik
felda. Orang kampung yang tiada maklumat inilah harapan kerajaan gerombolan songkok tinggi untuk terus berkuasa.
Kepada
gerombolan songkok tinggi, pemimpin kamu akan terus menipu dan
memperbodohkan kamu, manakala kamu pula akan terus lena dibuai
propaganda. Malah kamu bangga diperbodohkan..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------