Sejarah
Etnik Sabah dalam Kepelbagaian Kebudayaan
Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum .
Sebuah negeri yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba
musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang
dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai
tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana
perayaan berkenaan.
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku
kaum. Etnik terbesar di Sabah adalah Suluk ,Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.
Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang,
Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, dan lain-lain.
Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum
tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat
istiadat dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.
Suku Suluk
Orang
Suluk berasal daripada Kepulauan Sulu dan
Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Orang Suluk ini
menggunakan bahasa Sulu sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang
dianuti adalah agama Islam. Orang Suluk ini juga mempunyai budayanya yang Unik dan tersendiri. . Kawasan orang Suluk adalah
terletak di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu,
Menggatal,T uaran dan Telipok
Tarian
Bolak-Bolak adalah tarian Orang Suluk yang diiringi dengan
pukulan "gabbang" yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan
majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita
dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna warni.
Penari
menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan
tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga
mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.
No comments:
Post a Comment