Saturday 18 February 2012

Matlamat USCO


Tujuan Pertubuhan

1.Berusaha menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan, serta membantu meningkatkan taraf Social dan budaya Masyarakat Suluk Amnya.

2.Menggalakkan Ahli-ahli bertanggungjawab, di dalam hal ehwal tatanegara dan kemasyarakatan, dengan bersama-sama mengambil peranan berguna dalam Aktiviti kemasyarakatan.


3.Berusaha untuk mengambil bahagian, atau melibatkan diri dalam rangcangan-rancangan pembangunan masyarakat, ekonomi dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada Ahli-ahli Pertubuhan dan seluruh Masyarakat Amnya.


4.Berusaha memelihara semangat persahabatan dan persefahaman Ahli-ahli, serta membantu meningkatkan perasaan Muhibbah dan Persaudaraan dengan Lain-lain Pertubuhan yang mempunyai tujuan yang sama.


5.Berusaha memastikan Ahli-ahli, menyumbang dan melibatkan diri dalam Program-program yang dilaksanakan Oleh Pihak Kerajaan/Swasta seperti keusahawanan,Budaya dan Social.



6.Membantu menanamkan semangat kasih sayang dan taat setia, serta ingin berbakti kepada Agama,Bangsa dan Negara tercinta, Berlandaskan Prinsip Rukunegara.



7.Mendukung dan mempertahankan perlembagaan Negara, mempertahankan kedaulatan Raja, Berpelembagaan,keadilan Sosial, serta membantu memajukan Ekonomi Masyarakat Suluk Amnya.


8.Berusaha mewujudkan kerjasama Antara Kaum, dan Bersatu berasaskan kepada Hak-hak kesamarataan antara Semua kaum.




Status Pertubuhan



1. Pertubuhan USCO ini juga Didaftarkan sebagai satu entiti Pertubuhan.


2.Pertubuhan USCO ini boleh membuat sebarang tindakan tertentu, di atas kapasiti Namanya sendiri dengan Syarat, segala tindakan yang dibuat, hendaklah sentiasa dalam batasan Undang-undang tubuh Pertubuhan, dan berdasarkan Tujuan/Matlamat yang telah ditetapkan.



Keahlian Pertubuhan


Keahlian Pertubuhan ini, adalah terbahagi Kepada Tiga (3) Kategori.




1.Ahli biasa

Terbuka kepada semua individu, daripada Masyarakat Suluk,Warganegara Malaysia, atau Penduduk Tetap, berumur 18 tahun ke atas  yang Bermastautin di Negeri Sabah.

 
2.Ahli Bersekutu

Terbuka kepada Individu daripada masyarakat

Suluk,Warganegara Malaysia, Berumur 18 tahun ke atas yang menetap di luar Negeri Sabah

(Contohnya di Wilayah Persekutuan Labuan atau semenenjung Malaysia) atau individu, samada Lelaki/Perempuan  dari Masyarakat lain, yang Berkawin dengan Masyarakat Suluk, layak untuk memohon menjadi Ahli Bersekutu.


ORANG SULUK DI PELAWA MENJADI AHLI USCO


1.Orang suluk



2.Suluk Campur  Contohnya :

Suluk Brunei 

Suluk Bajau

Suluk Bisayah

Suluk Cina 

Suluk Dusun

Suluk Filipina

Suluk Idahan

Suluk Indonesia

Suluk Iban

Suluk Ilanun

Suluk India

Suluk Murut

Suluk Melayu

Suluk Paitan

Suluk Rungus

Suluk Tidong

Suluk Sungai

Dan yang terkahwin dengan orang suluk Boleh menjadi ahli.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 KERATAN AKHBAR MESYUARAT AGUNG YANG PERTAMA

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesyuarat Agung USCO yang Ke-2
Pada 29.03.2012























































































































































































--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 MESYUARAT AGUNG USCO YANG PERTAMA IAITU PADA 27.03.2011


























































































































































































-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



No comments:

Post a Comment