Tuesday 21 February 2012

Laman Utama


PERTUBUHAN MASYARAKAT SULUK BERSEKUTU (USCO)
UNITED SULUK COMMUNITY ORGANISATION
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Datu Ilahan Bin Datu Amilbangsa, telah memberi borang permohonan Keahlian Usco kepada Presiden Bentan Alamin , pada 14 May 2012 di Ibu Pejabat USCO.





Abd Rashid Bin Kabod, telah memberi borang permohonan Keahlian Usco kepada Presiden Bentan Alamin , pada 13 May 2012 di Ibu Pejabat USCO.
















Kusugan Bin Ali, telah memberi borang permohonan Keahlian Usco kepada Presiden Bentan Alamin , pada 13 May 2012 di Ibu Pejabat USCO.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Temubual Wartawan bersama Presiden USCO, di Ibu Pejabat USCO Kota Kinabalu,Sabah.






































-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















Abd Sattar Alamin
Ketua Pemuda USCO



Ketua Pemuda USCO akan mengadakan kempen derma darah yang dianjurkan oleh Pertubuhan Masyarakat Suluk Bersekutu dengan kerjasama Ketua Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu,pada 19.05.2012

 bertempat di wawasan plaza. pada jam 10:00 pagi higga jam 3:00 petang.Kepada ahli-ahli USCO digalakkan hadir pada hari tersebut bagi memeriahkan terutamanya yang berbangsa suluk ataupun suluk campur yang belum berdaftar sebagai ahli USCO sila hadir pada hari tersebut untuk penerangan menyertai USCO dan juga orang ramai di alu-alukan datang ke tempat tersebut untuk menderma darah.Sokongan anda amat kami hargai, sekian terima kasih.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Gambar :
Depan Kanan : Arshad Alamin (Naib Presiden 1),Dr.Pengiran Amir Mohd Yussof,Bentan Alamin (Presiden USCO ),Nurdin Ajirul,Dato Omarali

Belakang Kanan: Mahadil Sahirom(Naib Presiden 2),Alihatib Abubakar (Ketua Penerangan USCO ), Apri Asiri (Timbalan Presiden), Ibni Hassim Darul (Pegawai Khas USCO),Abduraji Sahi (Pengerusi Unit Bahagian Tanah USCO).

Kunjungan Hormat Oleh Dr.Pengiran Amir Mohd Yussof Bin Pengiran Abbas Al-Haj yang juga Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Dan Perusahaan Melayu Brunei.Ke Ibu Pejabat Pertubuhan Masyarakat Suluk Bersekutu (USCO).


 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Gambar :
Kanan Ke Kiri : Mahadil Sahirom(Naib Presiden 2),Nurdin Ajirul,Dato Omarali,Bentan Alamin (Presiden USCO),Juliana Herman (Setiausaha USCO) dan Apri Asiri (Timbalan Presiden)

Bentan Alamin (Presiden USCO) bergambar bersama Dato Omarali di Pejabat Pertubuhan Masyarakat Suluk Bersekutu (USCO).
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mesyuarat USCO yang akan datang pada 29.03.2012



 Kunjungan USCO ke Kudat Pada 02.0.3.2012

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Rombongan USCO Ke Bandar Kota Kinabalu.


Pada Ahad ,iaitu esok 26.02.2012, Pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat USCO dan Presiden akan membuat lawatan ke tamu-tamu seperti Putatan & Gaya Street Kota Kinabalu.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sejarah Sabah

Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888.Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan
Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.

Asal Usul Nama Sabah

Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh Orang Suluk dan masyarakat kaum  Î’ajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang saba ini juga dikenali sebagai pisang jaba oleh segolongan  Orang Suluk dan masyarakat  Bajau dari suku yang serumpun. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.Asal usul nama Sabah juga dikenali sebagai Seludang.Dalam bahasa Jawa seludang dinamakan sebagai Sabah , sebab itulah Negeri Sabah dikenali sebagai Seludang.

Masyarakat Sabah

Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-15 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu. Pihak Kesultanan Sulu lah yang telah bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Idaan pada sekitar abad ke-17 atau ke-18. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya untuk tujuan perdagangan.

Sistem Pemerintahan di Sabah

Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas.Sabah telah ditakhluki oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan kuasa dari tahun 1662. Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu, akibatnya Sabah diperintah oleh dua kuasa, Kesultanan Brunei dan Kesultanan sulu.

 Kedatangan Penjajah 

Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.


Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah yang kini dikenali sebagai Sabah ini juga dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sriwijaya di Sumatra dan kesultanan Sulu di Kepuluan Filipina. Hal ini menyebabkan Sabah berada dalam keadaan yang aman berikutan kedua-dua kuasa besar ini tidak mahu bergaduh.

Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara. Penyerahan North-Borneo oleh pihak BNBCC adalah telah melanggar syarat "Perjanjian Pajakan/Sewaan Wilayah North-Borneo" yang telah termeterai diantara
Sultan Sulu dan Mr.Barron de Overback & Mr.Alfred Dent, yang telah membentuk Syarikat Berpiagam dan akhirnya wilayah North-Borneo diletak dibawah naungan pihak British. Namun begitu, kedaulatan North-Borneo masih berada di atas kuasa Kesultanan Sulu. Kuasa pihak British ke atas North-Borneo hanyalah sebagai "Pelindung & Pentadbir"(Proctorate & Administrator) termasuk sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7 comments:

  1. Saya Sokong Pertubuhan USCO, kerana saya orang Sulu & Bumiputera Sabah ... Suluk Boleh!USCO Boleh! & Sabah Boleh!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,,,,,
    kenapa orang suluk tak macam KADAZAN DUSUN freebumi sabah,,
    ini yang saya keliru kenapa kalau sabah ini suluk yang punya tapi sekarang kebanyakan suluk dikatakan pelarian pilipino,
    kenapa tak macam kadazan dusun
    why:-)

    ReplyDelete
  3. saya juga sokong USCO
    haraf USCO terus terus membila rakyat suluk suluk di sabah,,USCO BOLEH SABAH BOLEH

    ReplyDelete
  4. awannano..membila ar..sy setuju dengan penubuhan persatuan ini..tetapi...hanya kepada org sabah sahaja...bukan yang baru mahu jd org sabah..eja pun salah..sebut pun salah..serba salah semua..bukan apa...sabah ini ada kadazan&dusun, bajau sama..murut...lundayeh..bisaya..(bukan visaya)..kedayan..sino..rungus..sungai..kalau mereka tahu ahli usco ini ada bukan rakyat sabah..mesti akan ada penentangan pembentukan usco..termasuk la sy..yang dibantu untuk mendapatkan kad pengenalan juga tidak layak untuk melibatkan diri dalam persatuan dalam negeri sabah..sabah untuk org sabah..bukan kepada org yang baru mau jd org sabah atau baru sahaja jd org sabah...teruskan penubuhan ini..tetapi jgan sampai keahlian ini terbuka asal suluk..sejarah hanya sejarah..kesahihan boleh dimanipulasikan..sebagai propaganda...dulu dunia hanya berperang untuk mendapatkan harta..jd bukan mesti sejarah itu benar..atau benda bercetak itu benar..atau surat menyurat itu benar..kebanyakkan rakyat suluk tidak tahu lagu negeri sabah..tetapi macam mana boleh menjadi org sabah..ertinya baru jd org sabah..harap ketua pertubuhan usco..dapat menilai ini semua..kalau asli rakyat sabah..anda mempunyai hak terhadap sabah..tetapi jgan beri kepada yang baru masuk dan baru jd rakyat sabah..

    ReplyDelete
  5. saya setuju saudara fadzil...ejaan pun tak betul..huhuhu....macam sebut pakcik jadi patcik..ketara betul dari seberang...

    ReplyDelete
  6. Untuk pengetahuan fatimah,ejaan itu tidak di sengaja kan,kadang2 tersalah taip,dan bukan nya tidak pandai mengeja pun,cuma kadang kala computer ni pun lain kita taip...lain yg tersave,jadi jngan la main tuduh ja,suluk penduduk asal di Sabah,smua org yg menulis atau menaip pun,kdang kala tersilap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua Suluk penduduk asal Sabah..pihak USCO perlu tahu nak membezakan penduduk asal dan yang baru nak mengaku sebagai penduduk asal.. Seperti contoh jelas lagi bersuluh ibu bapa nenek moyang dilahirkan di Sulu anak lahir di Sulu kemudian menyeludup masuk sebagai PATI ke Sabah melalui Sandakan takkan nak akui mereka itu penduduk asal Sabah sebab berbangsa Suluk? Berkenaan typing error atau pun salah eja okay la kita faham dan alasan boleh diterima tetapi macam mana dengan sebutan dan percakapan Bahasa Malaysia@ Bahasa Melayu yang tidak fasih seperti contoh penyedut minuman dalam Bahasa English "STRAW" tetapi kenapa mereka sebut "ESTRAW" dan banyak lagi..saya tahu itu semua sebab banyak orang Suluk menyewa di Sembulan ni..

      Delete